Friday, 24 February 2012

Pengalaman Bermain Alat Muzik Tradisional.

Pada hari Rabu, Cikgu membawa kompang ke kelas kami. Ia adalah pertama kali saya dapat bermain dengan kompang. Cikgu mengajar kami cara untuk memainnya dan ia sangat seronok.    Setiap orang dapat bermain kompang. Kami pun dapat mengambil gambar dan merakam video semasa kawan saya, Zdulfika dan Yansen sedang bermain kompang. Link video itu di sini.(: http://www.facebook.com/photo.php?v=309404029118421

Tiga Alat Muzik Tradisional

Tiga alat muzik tradisional yang saya memilih adalah gong, rebana dan kompang. 
GONG:
SEJARAH :Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone'. Ia berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong pun telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi.


BAGAIMANA UNTUK BERMAINNYA? : Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam  muzik melayu tradisional. Gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Gong biasanya digunakan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak. 
File:Traditional indonesian instruments04.jpg
GONG.



REBANA :
SEJARAH : Rebana adalah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi megiringi lagu-lagu budaya. Ia berasal dari Timur Tengah dan dimainkan untuk acara kesenian. Alat muzik itu semakin meluas perkembangan ke hingga Indonesia. Ia terbuat dari papan kayu pilihan. 


BAGAIMANA UNTUK BERMAINNYA? : Permainan rebana dimainkan secara berkelompok. Jenis dan cara untuk bermainnya sangat unik. Karena para penabuh Rebana diharuskan untuk saling bersahut-sahutan ketika mendendangkan alat musik perkusi yang masih tergolong anggota keluarga besar Gendang itu. Kemudian, disusul oleh nyanyian-nyanyian yang juga dialunkan dengan gaya yang tak jauh berbeda, yaitu saling menimpali satu sama lain.
REBANA.
KOMPANG :
SEJARAH : Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
BAGAIMANA UNTUK BERMAINNA? :Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Fail:YosriKompang.jpg
KOMPANG.